skkg2u

.

Pengguna digalakkan menggunakan Mozilla Firefox untuk paparan yang sebenar.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan atau kehilangan sebarang bahan anda.Harap Maklum.

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Assalamualaikum.Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa pelajar sekalian ke laman ini. Laman ini diwujudkan untuk memberi informasi termudah secara online kepada masyarakat umum tentang perkembangan terkini sekolah. Memandangkan kurangnya masa yang terluang di kalangan ibu bapa untuk hadir ke sekolah, maka Biro IT telah mewujudkan satu laman web supaya pelbagai informasi berkenaan sekolah ini boleh dipamerkan secara khusus di internet.Semoga SKKG akan Cemerlang. Gemilang dan Terbilang

Alhamdulillah kerana pada tahun ini, SKKG sekali lagi mendapat beberapa Anugerah daripada Pejabat Pelajaran Daerah Gombak dan Jabatan Pelajaran Selangor :-

Anugerah Ko-Akademik Gombak :

1. Adik Suhayl Azmin Sulaiman ( Johan Pidato Diraja Negeri Selangor )
2. Adik Zarith Salina Termizi ( Johan Pidato Kempen Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor )

Anugerah Ko-Kurikulum Gombak :

1. Kecemerlangan Kerjasama dan Pengurusan Kejohanan Badminton MSSD Gombak.

Anugerah Pengurusan Jabatan Pelajaran Selangor :

1. Pengurusan Panatia Pendidikan Islam.
2. Johan Surau Terbaik Daerah Gombak .


I made this widget at MyFlashFetish.com.



Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program BACATHON yang dijalankan bermula 01 Oktober sehingga 30 Oktober 2009. Pihak sekolah menghargai segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.


Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 akan diumumkan di seluruh negara pada 19 November ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
Menurutnya, analisis keputusan UPSR 2009 juga akan diumumkan pada hari sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.

"Seramai 517,908 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Menurutnya, seramai 510,125 orang atau 98.5 peratus calon adalah dari sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan.Katanya, baki seramai 7,783 orang iaitu 1.5 peratus merupakan pelajar swasta.Tambah beliau, mereka menjalani UPSR di 8,289 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh negara.

Tunggukan saatnya. Doa ibubapa dan guru-guru serta seluruh warga SKKG untuk kejayaan dan kecemerlangan SKKG.




SELESEMA BABI (SWINE INFLUENZA)

Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200 / 03-8881 0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my. Anda juga boleh klip disini untuk mendapatkan info terkini.

12:52 AM

Kemaskini

2:21 AM

Takwim SKKG

NOVEMBER :

1. Peperiksaan Akhir Tahun 2009 mulai 2 hingga 6 November 2009.

2. Jamuan Akhir Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan akan diadakan pada
6 Oktober 2009 ( Jumaat ) di Bora Ombak, Ampang. Jam 3.00 petang.

2. Penghantaran dan Kutipan Buku Teks akan di buat pada 9 hingga 11 November 2009.

3. Mesyuarat Guru kali ke-5 akan diadakan pada 12 November 2009 ( Khamis ) di Bilik Guru jam 1.00 petang.

4. Pendaftaran Murid Pra-Sekolah untuk sesi 2010 akan dijalankan pada 17 November 2009 ( Selasa ) di Bilik SAL mulai jam 8.30 pagi.

5. Penyerahan Buku Teks kepada semua murid untuk sesi 2010 akan dibuat pada 18 November 2009 ( Rabu ).

6. Raptai Hari Anugerah dan Sambutan Hari kanak-kanak akan diadakan pada
19 November 2009 ( Khamis ) di Dewan Besar Abu Bakar.

7. Hari Naik Darjah pada 20 November 2009 ( Jumaat ).

8. Cuti Persekolahan Akhir Tahun mulai 20 November 2009 hingga 3 Januari 2010.

9. Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada 21 November 2009 ( Sabtu ) di Dewan Abu Bakar jam 8.00 hingga 12.30 tengah hari.

9:23 PM

Kemaskini

10:01 PM

Renung-RenungKan

Al-Kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Tepoo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktormengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini.. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini ?"


Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...." "Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le
iktibar

Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.

Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri.

Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian.

Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.

Antara masalah membuatkan hati kita sakit:

1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan-angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitif

Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

.... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)

· Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!
· Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!
· Tolonglah orang yang dianiaya!
· Berilah makan orang yang kelaparan!
· Berilah minum orang yang kehausan!
· Jenguk orang yang sakit!
· Hantarlah jenazah!
· Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!
· Pimpinlah orang yang buta!
· Berilah petunjuk orang yang bingung!
· Muliakanlah tetamu!
· Berbuat baiklah kepada tetangga!
· Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!
· Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!
· Sedekahkanlah wang anda!
· Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!
· Elakkanlah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.

10:59 PM

Motivasi

DOA PELAJAR MUSLIM

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالـمين. والصلاة والسلام على أشرف الأنبـياء والـمرسلين وعلى آله وصحبه وسلم.
يا عليم علمنا من علمك ما ترضا به عنا, ولا تـــؤاخذنا بما تعلمه منا,
يا عليم خـلقـنا بخلق العلم وحققنا بحـقـائق العــلم

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui,Kurniakanlah kepada kami ilmu daripada ilmuMu, yang dengannya Engkau meredhai kami,dan janganlah Engkau ambil balik apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui kurnikanlah kepada kami akhlak ilmu dan hakikat-hakikat ilmu.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم. والحمد لله رب العالـمين.آمين

10:57 PM

Hadis

Bahawa segala sesuatu itu ada penyakit:

Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu itu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budipekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah keterlaluan
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah bangga
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah menonjol diri
Penyakit kaya adalah kedekut
Penyakit taat adalah berlebih-lebihan
Penyakit agama adalah hawa nafsu

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a. kita ingat 10 % apa yang dibaca
b. kita ingat 20% apa yang didengar
c. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
d. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e. kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah) dan tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
a. pastikan cahaya adalah terang
b. kurangkan gangguan bunyi
c. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e. kerusi dan meja menghadap kiblat
f. jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
a. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
b. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
c. mengingat kembali (recall)
d. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
a. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
b. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
c. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
d. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
a. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b. memberikan tumpuan sepanuhnya
c. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kita
F : Fikir sebelum bertindak terburu-buru
G : Gembira selalu
H : Hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca Al-Ouran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali